Friday, December 5, 2014

Anugerah Ilahi by i luv islam



“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi)
Cinta itu fitrah insani.
Cinta itu anugerah Ilahi yang tak ternilai.
Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah.
MasyaAllah… indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah.
Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta Cinta, dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan dengan cinta itulah wujudnya kebahagiaan. :)
Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama.
Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu?
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa.
Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta.
Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.
Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.
Siapa kita untuk membuang rasa cinta dihati?
Siapa kita untuk menidakkan takdir Illahi?
Siapa kita untuk melawan rasa fitrah insani?
Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.
ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah Al-Muzzammil, 1-3)
MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi ape lagi yang kita nafikan?
Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.
Demi cinta suci ini,
ku pasrah pada Illahi,
agar menuntunku untuk mengharungi,
cinta insani.
Demi cinta suci ini,
ku mohon pada Illahi,
keredhaanNya pada cinta dihati,
agar segalanya dalam nur Mu Illahi.
Demi cinta suci ini,
ku layarkan doa,
agar cinta insani ini,
menjadi alat menuju Cinta Mu Illahi.
Cinta kerana Allah itu,
tiada kekecewaan,
tiada kerisauan,
tiada gundah di jiwa,
tiada ketakutan.
Cinta kerana Allah itu,
hanya keindahan,
hanya pengorbanan,
hanya kebahagiaan.
Ya Allah,
cintakan aku kepada dia yang mahu untuk membimbingku,
cintakan aku kepada dia yang mahu untuk memimpinku,
cintakan aku kepada dia yang mahu ke jannahMu.
Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU,
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.
Ya Allah,
jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,
dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.
Ya Allah,
jadikan kami saling melengkapi,
jadikan kami saling memerlukan,
jadikan kami saling mendamaikan,
jadikan kami saling mencintai,
dalam menuju Cinta Mu.

Muslim : Say No!!! Valentine’s Day by i luv islam


Bismillahirrahmanirrahim….
Moga pembaca budiman sekalian sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t sentiasa. Bersempena tarikh hari ini, 14 Februari 2014 semestinya ramai yang tahu mengenai “Valentine’s Day” yang telah menjadi trend remaja dan masyarakat Islam kita sekarang menyambutnya tanpa mengetahui hakikat sebenar sambutan Hari Kekasih ini. Akhirnya, sambutan ini telah membawa kepada kemudharatan dan mafsadah yang lebih besar kepada umat Islam itu sendiri.
Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan “Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih”  ini untuk pengetahuan dan panduan diri kita sendiri, keluarga, anak-anak dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.

Hukum dan Fatwa mengenainya

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan :

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”

1891234_613075352103822_276393336_n

Kenapa ianya DiHARAMkan???

1) Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.

2) Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.

3) Mendekati ke arah penZINAan.

Firman Allah s.w.t :
“Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk”
{Surah Al-Isra’ 17:32}.

 4) Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

 5) Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]

 6) Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.
Tambahan, penulis juga ingin berkongsi artikel soal jawab yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga”. Antara petikan penulisan beliau ialah, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.
Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.
1911806_613075378770486_1103089662_n
~Wallahua’lam~

Aurat Oh Aurat!! mudah jika kita patuh.. by beautiful of iman



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekali lagi liyana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ilmu untuk diri liyana sendiri dan kepada semua pembaca ..insya Allah banyak ganjarannya dan semoga mendapat keberkatan dari-Nya...

Aurat!!!aurat?? apa itu aurat??-->Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya..

siapa  mahram??
  • ibu-ibu kamu, dan
  • anak-anak kamu, dan
  • saudara-saudara kamu, dan(adik beradik)
  • saudara-saudara bapa kamu, dan(adik-beradik bapa)
  • saudara-saudara ibu kamu dan(adik beradik ibu)
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
  • saudara-saudara susuan kamu, dan
  • ibu-ibu isteri kamu, dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
  • Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
  • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.

Apakah syarat2 menutup aurat??

Pertama:
--->bagi bukan mahram aurat bagi:-(rakan agama lain dan bukan mahram)
Perempuan: seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Lelaki: bermula dari pusat hingga ke lutut

--->bagi rakan-rakan seislam dan sejantina
Perempuan: bermula dari pusat hingga ke lutut
lelaki: bermula dari pusat hingga ke lutut

---->bagi ahli keluarga:-
perempuan
: bermula pusat hingga ke lutut
lelaki: bermula pusat hingga ke lutut

ingat kita menutup aurat BUKAN membalut aurat
Kedua: 
banyak umat islam kini MEMBALUT aurat.. contohnya dengan memakaiLegging ,Inner ,Seluar Carrotcardigen , dan banyak lagi..kita sepatutnya menutu aurat pastikan pakaian yang kita pakai itu LOGGAR dan tidak ketat..satu lagi trend yang semakin popular kini "JUBAH KETAT" kita tidak boleh memakai jubah yang boleh menampakkan tubuh badan , jika ingin memakai jubah pilihlah jubah yang tidak menampakkan tubuh badan
X salah(legging)
 X Salah(jubah ikut bentuk badan)
 X Salah(cardigen ketat)






Ketiga:
Kita mesti memakai pakaian yang TIDAK JARANG..

 X salah(jubah jarang)

 / Betul(jubah tidak jarang)


Keempat:
Tudung bagi Perempuan metilah menutup sehingga dadanya.. itu adalahWAJIB!!
bukan kita boleh pilih2 kita tidak dilarang untuk berfesyen.. berfesyenlah asalkan ikut syariat labuhkanlah tudung ,selendang yang dipakai melepasi dada kita.. insya Allah

  X Salah(tudung tidak melepasi dada)

 / Betul(tudung melepasi dada)


/ Betul(tudung melepasi dada)
"kita boleh berfesyen tetapi labuhkanlah tudung/selendang kita sehingga melepasi dada"


CONTOH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DENGAN BETUL (/)










"YANG TERTUTUP ITU INDAH , YANG TERTUTUP ITU LEBIH TINGGI HARGANYA,"
ISLAM MELETAKKAN WANITA DITEMPAT YANG TINGGI, JADI JANGAN KITA RENDAHKAN DARJAT ITU"
Semoga kita sama-sama berubah kearah mencapai Syurga Allah..Amin~ insya Allah
Ingat Allah sayang kita!! ^-^

wallahu a'lam
Beautiful of Iman~

Cinta Tidak Kenal Siapa… by i luv islam


Mahukah engkau menjadi isteriku?” Soal Azman.
Azrina yang mendengar lontaran soalan itu terkejut sebentar. Dia tidak menyangka soalan itu akan muncul dalam ruang nafas waktunya.
Azman mula berkenalan dengan Azrina ketika dia belajar dan bekerja di salah sebuah bengkel di Negeri Sembilan sejak beberapa tahun yang lepas. Azman begitu serius dan bertekad untuk menikahi Azrina agar menjadi isteri yang sah sebagai pendamping hidupnya selepas ini.
Akhirnya, Azrina telah membuat keputusan dan bersetuju untuk menjadi isteri kepada Azman. Mereka tahu bahawa keputusan ini agak sukar kerana risau akan menjadi perhatian umum masyarakat kelak.
Tetapi, kerana inginkan hubungan yang halal dan cinta yang diredhai Allah SWT mereka nekad dan bersepakat untuk melalui kesusahan yang bakal dihadapi bersama-sama.
Tidak perlu didengar kata-kata serong orang.
Tidak perlu terasa ejekan menyindir.
Tidak perlu ditangisi senyuman sinis.
Kerana setiap kesusahan pasti ada kesenangannya nanti.
Setelah beberapa bulan, maka, berlangsunglah majlis perkahwinan di antara Azman dan Azrina. Majlis yang diadakan tersebut cukup sederhana. Semuanya berjalan dengan lancar sekali.
Kebetulan, seorang wartawan tempatan turut berada di majlis mereka memandang majlis perkahwinan tersebut serentak dengan jamuan hari raya Aidilfitri anjuran sebuah persatuan bengkel tempat Azman bekerja.
Pada mulanya, wartawan tersebut hanya hadir atas jemputan pihak persatuan untuk mendapatkan maklumat dan liputan semasa majlis tersebut agar dapat dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan pada keesokan harinya. Tetapi, entah mengapa dia juga amat tertarik dengan majlis perkahwinan Azman dan Azrina.
Ada sesuatu yang istimewa.
Usai majlis perkahwinan dan jamuan hari raya Aidilfitri, wartawan tersebut terus berjumpa dan sempat bertanyakan soalan kepada Azman.
“Tahniah atas perkahwinan anda berdua,” wartawan tersebut memulakan bicara.
“Tetapi, sudahkah encik berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan ini ? Tidak risau ke dengan pandangan masyarakat sekeliling nanti ?” wartawan tersebut meneruskan bicaranya lagi.
Wartawan tersebut terkesan dihatinya apabila Azman menjawab soalan yang ditanyakan olehnya.
Siapa sangka soalan itu dijawab oleh Azman dengan senyumannya yang melebar.
Menampakkan keikhlasannya menjawab.
“Kami hanya cacat anggota, tetapi hati kami tidak cacat. Sama seperti insan normal yang lain, kami mahu disayangi dan dicintai. Sebab itu saya nekad mendirikan rumahtangga walaupun sedar keadaan diri tidak sempurna,” kata Azman yang kini berusia 32 tahun.
“Saya memberanikan diri melamar Rina (Azrina). Dia terkejut dan tidak menyangka hubungan kami berakhir ke alam perkahwinan memandangkan keadaan fizikal yang dikhuatiri akan menyukarkan hidup untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” sambung Azman.
Rupa-rupanya, Azman lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas demam panas ketika berumur setahun. Perkenalannya dengan Azrina yang juga cacat anggota kaki empat tahun dulu menyemai bunga kecintaan sehingga bergelar suami isteri yang sah kini.
Cinta ini tidak mengenal siapa dan bagaimana keadaan orang itu. Apabila datangnya kesungguhan, maka, bersiap sedialah untuk mendambakan cinta yang ikhlas dan mengharungi segala onak dan duri bersama-sama. Sabar menempuh jalan dalam mengharungi ujian Tuhan.
Hanya doa itu yang menjadi penguatnya. Seringkali dilafazkannya. Doa dari al-Quran :
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan ayat 74)

Cinta Khaliq VS Cinta ‘Abdun by i luv islam


”Bila CINTAMU kenal ILAHI, jadilah CINTAMU BERSTATUS TINGGI.”- Ustazah Fatimah Syarha.
”Apa-apa yang membawa ke SYURGA, itulah CINTA.”- Hilal Asyraf.
Bila manusia terlalu asyik dibuai dengan keindahan cinta dunia, cinta manusia, hukum DIA dicampak entah ke mana-mana. Bila ‘cinta’ yang selama ini dipertahankan bertahun-tahun lamanya, terputus di tengah jalan, mulalah hati rasa kecewa, merana, putus asa. Kadangkala, tidur tak lena. Makan tak rasa apa-apa. Segalanya hambar, kosong, tidak terdaya. Ibaratnya, hidup sudah tiada makna.
KAMU. Iya, kamu. Kamu yang sedang patah hati kerana ‘cinta manusia’.
Aku mahu tanya. Adakah ini ‘cinta’ yang kita agung-agungkan?
Cinta yang membuat kita futur dari Tuhan?
Cinta yang membuat kita berputus asa dari AL-RAHMAN?
TIDAK SAMA SEKALI. Ini bukan cinta. Ini malapetaka.
KAMU. Iya, kamu.
Kamu yang sedang MENZALIMI HATI YANG ALLAH AMANAHKAN UNTUKMU.
Sedarkah bahawa kita sedang menzalimi hati kita dengan cinta manusia?
Aku mengerti. Aku mengerti akan tuntutan fitrah yang satu itu.
Aku juga manusia. Manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sama seperti kalian.
Aku bukan robot, yang hatinya tidak pernah wujud.
Kita sama-sama punya ‘rasa cinta’,tapi cara kita MENGURUSKAN CINTA itu berbeda.
Aku tidak kata, aku arif menguruskan fitrah cinta. TIDAK.
Tapi, InsyaAllah. Mari, aku khabarkan apa yang aku tahu tentang CINTA.
Buat sahabatku yang sedang patah hati dan kecewa kerana cinta manusia.
Subhanallah, MashaAllah. Sedarkah kalian sebenarnya Allah mencintai kalian?
Iya. Mungkin kau fikir Allah itu kejam kerna DIA ambil orang yang kau sayang.
Tapi, ayuhlah. Buka mata hatimu, lihat hikmah yang terbentang luas di hadapanmu.
Sedarkah bahawa Allah ingin mengisi hatimu dengan cinta yang tiada belah bahagi pada-NYA?
Subhanallah. MashaAllah. Tabarakallah.
Aku tahu. Perit rasanya ‘cinta’ yang selama ini kau pertahankan, akhirnya putus di tengah jalan.
Setiap apa yang kalian janjikan, kini hanya tinggal angan-angan.
Bertabahlah. Allah itu tidak pernah kejam.
Malah, DIA sebenarnya ingin nyatakan DIA SAYANG AKU, MEREKA DAN KALIAN.
Kamu tahu? Seharusnya yang bertakhta di hati manusia itu cuma DIA dan Rasul-NYA.
Kalau benar dia cintakan kamu, dia tidak akan sesekali mengajakmu
MENDEKATI JALAN NERAKA.
Iya. MENDEKATI JALAN NERAKA.
Sahabat. CINTA itu tidak salah. Tapi, cinta yang bagaimana?
CINTA itu untuk siapa? Milik siapa? Untuk apa? Bagaimana? Kapan tiba?
- CINTA itu milik DIA. Untuk DIA. Untuk dapatkan redha-NYA bukan murka-NYA.
Dengan mengikuti segala apa yang telah ditetapkan-NYA.
Bila-bila masa dan di mana saja kita berada.
Seperti yang aku katakan tadi. Cinta itu tidak salah. Kau mahu bercinta? Silakan. Tiada yang menghalang kalian. Tapi, cinta yang bagaimana? Cinta yang berpaksikan Allah semata. Cinta yang mengharapkan redha-NYA. Cinta yang makin mendekatkan kamu pada-NYA. Yang membuat kamu semakin bersemangat untuk bercinta dan mengenal DIA dan Rasul-NYA. Cinta yang membuat kamu menjadi manusia yang hebat di mata Allah dan seluruh penduduk langit khususnya. Lalu bagaimana untuk mendapatkan cinta sebegitu? Dengan mengisi nama-NYA semata-mata. Kamu tahu? Ada bedanya
‘KERANA ALLAH, AKU MENCINTAIMU’
dengan
‘KERANAMU AKU MENCINTAI ALLAH.’
Apa bedanya? Bedanya pada siapa yang kau aulakan cintanya.
CINTA ALLAH, atau cinta manusia?
MAAF. Aku memang tidak arif bersastera, berbicara soal cinta. Tapi, aku mahu kalian dan aku sendiri membuka mata hati yang selama ini sengaja buta menilai cinta-NYA dan Rasul-NYA. Aku tidak kata menyimpan nama orang lain dalam hatimu itu satu dosa. TIDAK. Allahu’alam. Aku tidak tahu. Sungguh, yang namanya DOSA dan PAHALA itu hanya ALLAH yang berhak menilainya.Tapi, nasihatku untukmu juga untukku, simpan saja ‘dia’ dalam DOA kita, bukan dalam hati kita. Kerana apa? Kerana hati itu bolak-balik sifatnya. Kalau DOA itu, InsyaAllah, sampai kepada-NYA.
Kamu tahu? Bercinta dalam diam itu sungguh indah rasanya.
Kerana apa? Kerana cinta itu tidak disandarkan pada manusia.
Hanya disandarkan pada Allah semata. Bagaimana?
Katanya cendekiawan,
”kalau mahu lihat apa manusia itu penting dalam hidupnya berbanding yang lainnya,
lihatlah berapa kerap dia menyebut namanya dan menyimpan namanya
dalam doa dan sujudmu pada-NYA.”
Benar sekali katanya, tiada dusta!
Kata Nabi, orang yang ‘jatuh cinta’, cenderung untuk selalu mengingati
dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).
Kata Nabi, manusia juga bisa ‘diperbudak’ kerana cintanya (man ahabba syai’an fa huwa ‘abduhu).
Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DIINGATI BERBANDING PENCIPTA?
Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DISEBUT BERBANDING ASMA’-NYA?
Cinta yang mana yang kita sedang dustakan? Cinta yang mana yang kita sudah agungkan?
Tanya; CINTAKAH KITA PADA TUHAN?
Tanya; CINTAKAH KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?
Jadi, cinta yang mana harus kita utamakan? Apa pernah kita berdoa khusus meminta cinta Tuhan?
Apa pernah kita berdoa khusus agar kita lebih mencintai Muhammad
solla llahu ‘alaihi wasallam berbanding manusia yang lainnya?
Apa pernah kita berdoa khusus untuk ibu dan ayah kita?
Atau kita hanya berdoa khusus agar DIA menjaga ‘dia’ sebaik-baik jagaan-NYA?
Cinta yang mana yang kita dambakan? Cinta yang sementara atau cinta berpaksi DIA semata?
Cinta yang mana yang kita utamakan? Cinta kepada si ‘dia’ atau cinta kepada-NYA?
Ayuh, muhasabah diri.
Selama ini, kita tidak ‘bercinta.’
Tapi, kita hanya berpura-pura.
Yang namanya ‘cinta’ itu sangat suci.
Usahlah kita nodai dengan racun-racun yang membuat kita jauh dan futur dari RABBI.
KAMU. Iya, kamu.
Tidak apa jika tiada manusia di hati.
Asal ada RABBI.
Aku mahu cintamu berstatus tinggi.
Aku mahu cintamu kenal ILAHI.
Kerana pada hakikatnya, cinta itu punya sebabnya sendiri.
‘Cinta akan lenyap bersama lenyapnya sebab.’
ALLAH itu tidak akan pernah lenyap.
Jadi, niatkan kerana-NYA.
Aku mahu kau mencintai-NYA dan Rasul-NYA lebih daripada segala-galanya.
Aku mahu kau ke syurga, bukan neraka.
Aku mahu kau usaha untuk mujahadah seperti mana aku sedang cuba.
Aku mahu kita sama-sama jadi yang terbaik pada pandangan-NYA.
Aku mahu kita cari DIA. Hanya DIA semata.
Yuk! ISTIGHFAR.
Yuk! BERCINTA DENGAN-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN RASUL-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN ILMU-NYA!
Yuk! SALING MENCINTAI KERANA-NYA HINGGA KE SYURGA!
p/s: Tuhan; ALLAH telah membentangkan jalan penuh hikmah; nikah.
Kenapa perlu memilih jalan mudarat, jalan penuh maksiat?
Kalau masih tidak mampu untuk menikah, maka mujahadahlah.
InsyaAllah, ada ganjaran di sisi-NYA.
Hidup ini bukanlah untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia semata.
Fitrah, usah nafi. Tapi jangan makan diri.
Doa tanpa henti. Biar fitrah direstui Ilahi.
Semoga saudaraku yang berada di Gaza, Syria, Mesir dan lainnya baik-baik saja.
Semoga ‘cintaku’ sampai kepada mereka.
Malunya aku pada adik-adikku di sana yang masih kecil.
Tiada masa untuk fikir soal cinta manusia.
Yang mereka tahu adalah;
HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA-NYA.
Kau dengan cinta ‘dia’.
Aku dengan cinta DIA.
Cinta kita berbeda.
Maka, siapa lebih bahagia?

Hidayah Allah Melalui Perantaraan Insan by i luv islam


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..” Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
     Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas. Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya. Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya? Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat? Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza. Dan.. Pertama kali dalam hidup saya selama 21 tahun saya rasa saya BERSAHABAT KERANA ALLAH. Tapi.. Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
     Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi. Macam-macam perasaan dalam hati saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH. Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya. Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat. Saya cakap dengan diri saya sendiri “walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..”. Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.
     Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.  Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah. Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina(Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lg, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik, saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin. Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. biarlah perasaan itu terbuku di hati. Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak? Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
     Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini. Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati. Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan.. Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu. Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah. Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia. Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur. Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
     Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini. Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat? Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH. Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”. Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’  tiada ubat? :)
     Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini. Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga. Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya. Barakallahu Fik. :)
     Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya. saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
     Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah? Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
     Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah.. Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan…

Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN IN
view plainprint?
Al-Qur'an Widget by Blogger Tutorial Blog