Friday, December 5, 2014

Anugerah Ilahi by i luv islam



“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi)
Cinta itu fitrah insani.
Cinta itu anugerah Ilahi yang tak ternilai.
Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah.
MasyaAllah… indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah.
Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta Cinta, dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan dengan cinta itulah wujudnya kebahagiaan. :)
Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama.
Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan.
Dalam firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” (Al Imran: 112)
Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu?
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa.
Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta.
Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita.
Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.
Siapa kita untuk membuang rasa cinta dihati?
Siapa kita untuk menidakkan takdir Illahi?
Siapa kita untuk melawan rasa fitrah insani?
Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.
ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah Al-Muzzammil, 1-3)
MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi ape lagi yang kita nafikan?
Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.
Demi cinta suci ini,
ku pasrah pada Illahi,
agar menuntunku untuk mengharungi,
cinta insani.
Demi cinta suci ini,
ku mohon pada Illahi,
keredhaanNya pada cinta dihati,
agar segalanya dalam nur Mu Illahi.
Demi cinta suci ini,
ku layarkan doa,
agar cinta insani ini,
menjadi alat menuju Cinta Mu Illahi.
Cinta kerana Allah itu,
tiada kekecewaan,
tiada kerisauan,
tiada gundah di jiwa,
tiada ketakutan.
Cinta kerana Allah itu,
hanya keindahan,
hanya pengorbanan,
hanya kebahagiaan.
Ya Allah,
cintakan aku kepada dia yang mahu untuk membimbingku,
cintakan aku kepada dia yang mahu untuk memimpinku,
cintakan aku kepada dia yang mahu ke jannahMu.
Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU,
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.
Ya Allah,
jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,
dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.
Ya Allah,
jadikan kami saling melengkapi,
jadikan kami saling memerlukan,
jadikan kami saling mendamaikan,
jadikan kami saling mencintai,
dalam menuju Cinta Mu.

No comments:

Post a Comment

view plainprint?
Al-Qur'an Widget by Blogger Tutorial Blog